Dec 6, 2016

Adakah benar Kekacang Punca Jerawat Naik?



Pagi ni saya ada baca perkongsian daripada Dr Norman mengenai pemakanan yang boleh menyebabkan jerawat naik. Dari kecik saya selalu dengar supaya kurangkan makan kacang supaya jerawat tidak mudah naik tapi rupanya tersilap. 

Image result for kacang dan jerawat


Apakah kaitan sebenarnya jerawat dengan pemakanan?

Berdasarkan kajian sains terkini pemakanan sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dengan masalah jerawat..

Pemakanan itu adalah karbohidrat dan bukannya lemak...dan bukan juga kekacang!

Kajian telah di buat menunjukkan pengambilan kekacang bukan punca terjadinya jerawat...dan bukan juga menyebabkan jerawat bertambah teruk.

Makanan yang sebenarnya sangat berkaitan dengan jerawat berdasarkan kajian adalah makanan berglisemik indeks tinggi dan mempunyai beban glisemik yang tinggi
(high GI & high GL)



Bagaimana nak kenalpasti Makanan high GI atau Low GI?

  • High: 70-100
  • Medium: 56-69
  • Low: 55 or less

Makanan karbohidrat dengan beban glisemik yang tinggi (high glycemic load; GL) akan menyebabkan peningkatan paras insulin dan ini akan mengurangkan penghasilan IGFBP-3 & Binding Retinoid Receptor (BRR) yang akan meningkatkan pertumbuhan selular yang akan seterusnya menyebabkan masalah jerawat.

Makanan yang mempunyai glisemik indeks tinggi (GI tinggi) adalah makanan proses (roti putih, biskut, kek, pastri, nasi putih, mee, meehoon dsbgnya) termasuklah GULA pasir dan minuman manis (jus, kordial, minuman berkarbonat)

Satu lagi makanan yang berkait rapat dengan masalah jerawat adalah makanan berasaskan susu atau produk tenusu

Makanan produk tenusu pula akan meningkatkan insulin & IGF-1 dan menurunkan Binding IGF-1 Receptor.ia pula akan meningkatkan pertumbuhan selular dalam masa yang sama ia juga meningkatkan paras hormon androgen yang akan menyebabkan peningkatan penghasilan sebum pada kulit menjadikan kulit seseorang berminyak.Kesan nya berlaku masalah jerawat...

Jelas di sini tiada peranan kekacang dalam penghasilan jerawat.

Makanan yang sepatutnya di kawal oleh seseorang yang ada masalah jerawat adalah makanan proses, GULA dan produk tenusu.

Kekacang adalah makanan asli yang berserat tinggi dan protin tinggi...oleh itu ia mempunyai indeks glisemik yang rendah...

Details penerangan mengenai High GI dan jerawat boleh juga baca disini:


Credit : FB Dr Norman Norawi

No comments:

Post a Comment