Mar 2, 2016

Waktu Sesuai untuk Menasihati dan Tarbiah Anak

Suka untuk saya berkongsi sedikit tips daripada buku '365 Tip Didik Anak Gata Nabi' karangan oleh ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.



Memilih waktu sesuai bagi memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada anak memberikan kesan dalam perkembangan diri anak-anak. Rasulullah S.a.w menyarankan 3 waktu utama yang sesuai untuk mentarbiyah anak atau menasihati anak:

1) Sewaktu dalam perjalanan
2) Pada waktu makan
3) Ketika anak sedang sakit


Sebagai ibu bapa kita perlu lebih peka dengan mengambil kira faktor emosi dan persekitaran agar nasihat yang diberikan mudah di amal dan di terima oleh anak. Tarbiyah dan nasihatilah dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang.


Abdullah bin Abas melaporkan,Rasulullah s.a.w mengatakan :

"Wahai anak,aku akan memberimu beberapa pelajaran. Peliharalah Allah,Dia pasti turut memeliharamu; Peliharalah Allah,kamu pasti bertemu dengan-Nya di hadapanmu;jikalau kamu meminta,mintalah kepada Allah dan jikalau kamu meminta pertolongan,maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya andai kata seluruh umat bersatu padu bagi memberi sesuatu manfaat kepadamu,mereka tidak pasti dapat memberikannya kepadamu,kecuali sesuatu yang sudah ditakdirkan oleh Allah untukmu"

(Direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi dan Ahmad)








No comments:

Post a Comment