Mar 3, 2016

Aiskrim Jelly & Cocktail


Sejak minggu lepas dah jadi viral mengenai aiskrim sumi ni..wah saya pun dah terjebak sekali.

Resepinya pun sungguh mudah.

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat (saya guna 3/4)
Air 1.5 liter
Buah dalam tin/cocktails
Plastik aiskrim


Masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk bersama 1 tin susu pekat. Kemudian masukkan air 1.5 liter ke dalam bahan..kacau rata.

Boleh letak sedikit garam jika suka.

Bila dah sejuk bolehlah tuang ke dalam plastik aiskrim.boleh selang seli letak sumi/jelly bersama buah cocktails.

Memang sedap sangat..hehe..budak-budak ni tiap hari bukak peti ais la..tapi habis ni saya nak stop dah..nak buat menu aiskrim lagi sihat..nanti dah buat saya share resepinya ya.




No comments:

Post a Comment