Jan 29, 2016

Rahsia Awet Muda & Bebas Kedutan di Kulit Wajah

Masalah penuaan kulit adalah satu masalah yang selalu dihadapi apabila seseorang individu meningkat umurnya. Ia menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada umurnya. Ini adalah sangat lumrah kerana negara kita ini sentiasa mendapat pancaran cahaya matahari yang terik dan panas.





Bahagian tubuh yang sering mengalami penuaan ialah bahagian tubuh yang terdedah dengan cahaya matahari seperti muka, tengkuk, leher, tangan, lengan dan bahagian atas dada.


Masalah penuaan kulit akibat pancaran matahari yang berpanjangan akan menyebabkan pelbagai masalah pada kulit.

Antaranya akan menyebabkan kedutan, garis halus, kulit mengendur, tona kulit tidak sekata, masalah jeragat, kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar dan kutil kecil.

Masalah yang lebih serius seperti telangiectasias, seborrhoiec keratosis, solar elastosis, actinic purpura, kanser kulit dan melanoma.


Ketika umur seseorang itu meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus.
Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Lama kelamaan akan menjadi kendur ke bawah. Faktor merokok, dan faktor genetik menambahkan lagi masalah kulit kedut ini.

Kulit akan mengalami masalah penuaan sebelum tiba masanya jika ia terdedah pada cahaya mata hari setiap hari dalam tempoh yang lama.


Bahaya kesan ultraviolet dari cahaya matahari

Kesan ultraviolet dari cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung atau tidak lansung.

Radiasi ultra ungu ini menyebabkan reseptor pada sel-sel pada kulit (keratinosit dan fibroblast) menghasilkan tidakbalas yang menyebabkan kerosakan kepada kolagen dalam lapisan kulit dan menyebabkan penghasilan kolagen berkurangan. Secara ringkasnya pendedahan yang melampau kepada radiasi UV ini merosakkan kolagen dan penghasilannya dalam lapisan kulit.

Kita tidak boleh lari dari cahaya matahari ini, tetapi kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah kesan buruk akibat pendedahan melampau cahaya matahari pada kulit.

Satu kajian yang dilaporkan oleh oleh Department of Dermatology, Cambridge University Hospital pada tahun 2013, menyatakan pengambilan anti oksidan boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang.

Anti oksidan ini perlu dimakan dan disapu pada kulit. 

Kajian juga menunjukkan, sistem pertahanan antioksidan semula jadi kulit manusia juga dipengaruhi oleh suplemen dan nutrisi yang dimakan dan kombinasi pelbagai anti oksidan yang diambil bertindak secara sinergi bersama-sama untuk mengekalkan kesihatan kulit. - Dr Norman Norawi.

Suplemen Terbaik untuk Antipenuaan






Vivix adalah suplemen antioksidan tinggi yang kaya dengan resveratrol dan polifanol yang membantu keremajaan kulit dan mengatasi penuaan kulit.



Bagaimana VIvix Membantu Kulit dari Antipenuaan & Kekal Awet Muda




  • Vivix membantu melindungi dan membaiki selular DNA dari serangan radikal bebas.
  • Vivix membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama bagi melambatkan penuaan tahap selular
  • Vivix membantu mengalakkan pembentukan baru metochodria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel
  • Penimbunan protein AGE yang menganggu keutuhan sel dan panjang umur, Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan protein AGE.

Rahsia kecantikan pelakon Rita Rudaini



Detoks dengan vivix selama 14 hari - kulit bebas masalah jerawat dan parut

Detoks dengan Vivix selama 9 hari - Kulit semakin bersih dan cantik

Rahsia kecantikan pelakon Ayu Raudhah


Untuk masalah kulit mengendur dan menggeleber, Collagen Powder boleh membantu menganjalkan kulit ,memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.










Cara Menjaga Kesihatan Kulit daripada Sinaran Matahari



  • Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas.
  • Elakkan terdedah dengan terik matahari seperti elakkan kulit dari terdedah secara terus sinaran matahari di antara pukul10 pg- 3 ptg.
  • Penggunaan alat perlindung matahari seperti topi dan payung boleh memberikan perlindungan dari cahaya matahari.

Kulit cantik bebas jerawat dan masalah kulit memang menjadi impian semua. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan VIVIX atau Collagen Powder boleh hubungi saya segera.


Credit: Dr Zubaidi FB




No comments:

Post a Comment