Jan 7, 2016

Cara Merawat Kuku Cagu/Cekam

Kuku cagu sangat menyakitkan kerana ia akan membengkak,berdarah dan paling mengerikan boleh menyebabkan bernanah dan berlaku jangkitan bakteria.



Antara tips rawatan kuku cagu:

1) Merendam Kaki

Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah tersebut.Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.


2) Cuka Epal

Beberapa titis cuka epal yang dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada dibahagian tersebut.


3)Sabun Antibakteria

Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering,sapukan dengan ubat anti bakteria,


4) Lemon



Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh menghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan.






No comments:

Post a Comment