Oct 3, 2015

Resepi Homemade aiskrim Oreo Coklat Chips Yang Sedap

Gara-gara teringin sangat nak makan aiskrim oreo..umie pun rajinlah cuba buat aiskrim oreo ni..
Tengok bahan-bahan pun simple je..godek-godek cari dalam mr google jumpala resepi aiskrim sedap..serius sangat sedap..kalah aiskrim kat mcd tu..haha..zaman dulu² ja beli oreo mcd ni..lani dah boikot mcd..so kita buat sendiri lagi senang..



Resepi Homemade aiskrim Oreo Choc Chips

Bahan A: 
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu dugro asli 4 sudu besar bancuh dalam 1 1/2 gelas air) 
- 1/2 tin susu pekat (saya pakai 3 sudu tak silap..tak suka manis) 
- 1 sudu besar ovalette 
- 1 sudu teh esen vanilla 

Bahan B: 
- 1 paket oreo 


Caranya: 
- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati 
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim bersama choc chips
- Masukkan ke dalam freezer sampa beku 
- Siap! 

Fullamak..memang tak cukupla 2 bekas ni..almaklum semua peminat aiskrim kat rumah ni..dari bapak budak.mak budak sampailah cik hannah dah nak masuk 2 tahun ni..hihi..

Harini plan nak buat double resepi ni..makan bagi puah...kata org ganu...hihi..

selamat mencuba..








2 comments: