Jul 11, 2015

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya 2015

Tak sampai lagi seminggu kita semua bakal menyambut ketibaan Aidilfitri.Saya pasti ramai yang sudah mula terbayang kampung halaman dan mula rancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Menanti masa yang sesuai dan terbaik,sebaik-baiknya juga kita cek dahulu jadual cadangan waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS demi memastikan perjalanan tidak sesak dan selamat.






Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu antara Lembah Klang dan bandar-bandar utama di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat bermula pada 16 hingga 20 Julai  2015 (Khamis - Ahad) untuk perjalanan balik kampung dan perjalanan kembali semula ke Lembah Klang.

TTA20Raya20201520Lembah20Klang Malay




Rebat Tol Sehingga 50 Peratus Pada Hari-Hari Bukan Puncak

Di antara strategi utama yang diperkenalkan pada tahun ini adalah dengan menggalakkan lebih ramai penduduk di Lembah Klang pulang ke kampung lebih awal, iaitu pada hari-hari bukan puncak iaitu pada 13 hingga 15 Julai.

“Bagi menggalakkan orang ramai di Lembah Klang pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal tahun ini dan mengagihkan trafik, PLUS akan menawarkan rebat tol di antara 30 hingga 50 peratus pada Hari-Hari Bukan Puncak,” jelas Noorizah.

Rebat tol 50 peratus ditawarkan sepanjang hari untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE serta membayar tol menggunakan sistem elektronik (kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG) pada 13 dan 23 Julai. 

Manakala, rebat tol 40 peratus diberikan pada 14 dan 22 Julai. 

Rebat tol 30 peratus pula diberikan bagi perjalanan jarak jauh pada 15 dan 21 Julai.

Sebagai contoh, perjalanan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Alor Setar Selatan pada 13 Julai membolehkan orang ramai menikmati rebat tol sebanyak 50 peratus dan membuat penjimatan bayaran tol sebanyak RM27.35 berbanding bayaran penuh RM54.70 pada hari-hari biasa.

Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Ogos hingga 14 November ini.

Bagi mendapatkan maklumat terkini trafik di Lebuhraya Utara-Selatan ,anda boleh semak perkhidmata menggunakan:

Semak Kesesakan Trafik

  • Twitter Plus trafik
  • Aplikasi PLUS Mobile Apps
  • talian PLUSline 1800 88 0000
  • Siaran-siaran radio utama negara


Untuk mengetahui mengenai kesesakan trafik juga,anda boleh semak di sini

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh hubungi nombor PLUSline di atas. 

Berhati-hati semasa memandu dan pastikan mengikut hadlaju yang ditetapkan.Ingat ya!! kesalahan traffic tahun ini tiada diskaun!! kompaun.RM300  akan dikenakan jika anda cuai. Jadi sentiasa berhati-hati dan bertolak ansur ketika berada di atas jalan raya.

Rancang perjalanan sebaik-baiknya dan semoga selamat sampai ke destinasi.



No comments:

Post a Comment