Jun 30, 2015

Resepi Pulut Panggang Serunding

Gara-gara encik suami beli pulut panggang lembik kat bazar ramadhan,maka gigihla daku mencari resepi pulut panggang walau tak pernah hayat mencuba pun sebelum ni..

Masa kecik2 dulu pun arwah mak selalu beli time berbuka puasa..kat Terengganu ade inti ikan di campur kelapa..memang sedapla..

Memandangkan kat rumah ni ada serunding daging yg masih banyak dan ada pulak pokok pisang depan rumah ni,so bolehla mencuba buat..



Bahan-bahan untuk membuat pulut:

2 cawan beras pulut - cuci dan rendam dalam sejam
1 cawan santan cair
1/4 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Didihkan air dalam periuk pengukus. 
.
Dalam mangkuk campurkan santan bersama garam dan kacau.Kemudian tuangkan kedalam beras pulut.Kacau dan kukus pulut selama 30 minit atau sehingga rasa pulut masak



Untuk inti korang boleh beli serunding dah siap..oor kalau rajin bolehlah cari resepi serunding ya,,..

Bila pulut dah masak,tunggu seketika biar sejuk. Sementara itu,kerat daun pisang dalam sejengkal lebar. Layurkan atas kuali seketika dan lap sedikit minyak masak pada daun menggunakan tisu,

Kemudian bolehlah masukkan inti serunding ikut sesuka hati banyak mana..Memandangkan nak makan sendiri,haruslah banyakkan..hihi..baru puas hati..

Kemudian gulung dan goreng tanpa minyak..Pusing-pusingkan supaya tidak hangit.

Taddaa...siap masak bolehlah hidang utk berbuka..

Sebenarnya tak susah pun nak buat pulut panggang ni jika dah ade serunding sedia..yang leceh jika kene masak serunding dahulu..tapi mestilah puas hati air tangan sendirikan..


Hasil pulut panggang,..lidi takde,stepler takde..jadi lipat jela asal tak keluar isinya..


Ok,Selamat mencuba:-)


No comments:

Post a Comment