Jun 18, 2015

Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak PERCUMA ketika solat terawikh

Assalamualaikum..Salam 1 Ramadhan buat semua.

Syukur alhamdulillah Allah panjangkan usia kita untuk memasuki bulan penuh keberkatan ini dan semoga kita manfaatkan ia sebaik-baiknya.

Saya pasti ibu-ibu yang mempunyai anak kecil atau anak-anak aktif yang sedang membesar ingin turut serta menunaikan solat berjemaah dan berterawikh bersama-sama imam di masjid.Namun sering kali bila fikirkan ragam anak-anak yang tidak mampu 'duduk diam' maka terpaksa akur untuk solat bersendirian di rumah sahaja..


Kini ibu-ibu dapat tunaikan solat berjemaah dengan tenang dan 'aman':-)

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyediakan ruangan khas untuk penjagaan kanak-kanak semasa ibu ayah sedang solat.

____________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR - Menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak secara percuma adalah antara tarikan pihak masjid di ibu kota untuk umat Islam mengimarahkan ibadah mereka dalam bulan Ramadan.

Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pada waktu malam itu disediakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini sementara ibu bapa mereka menunaikan solat Terawih.

Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Azian Eziana Ahmad berkata pihaknya telah menyediakan khidmat itu sejak tiga tahun lalu dengan bantuan lebih 10 tenaga pengasuh.

"Sesi penjagaan kanak-kanak itu akan diisi dengan aktiviti seperti belajar solat bagi memastikan mereka memperoleh sedikit sebanyak ilmu semasa di masjid," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu diambil kerana banyak ibu bapa berhadapan dengan masalah penjagaan anak-anak mereka apabila ingin menunaikan sembahyang sunat itu setiap kali menjelang Ramadan. 

Azian Eziana berkata pihaknya turut menganjurkan program tadarus al-Quran selepas solat sunat tarawih selain mengadakan majlis berbuka untuk lebih 1,000 orang setiap hari.

Credit ___________________________________________________________________

Selain Masjid wilayah,masjid Hasanah di Bangi juga menyediakan bilik khas untuk jagaan kanak-kanak dan terdapat taman permainan di luar kawasan masjid.Ini juga dapat membantu ibu ayah untuk bersolat dengan baik dan khusyuk.


Insyaallah,jika ada kelapangan nak bawak juga anak-anak ke masjid ni..Tak dapat setiap hari ke masjid,sekurang-kurangnya hari minggu dapat manfaatkan masa sebaik-baiknya untuk berjemaah.Moga-moga dapat pahala berjemaah dan bersilaturahim.

Masa ini juga peluang untuk mengajar anak-anak untuk mencintai masjid dan memberi kefahaman kepada anak-anak mengenai ibadah solat terawikh,adab di masjid dan pelbagai lagi.

Semoga bermanfaat:-)

No comments:

Post a Comment