Mar 15, 2015

resepi puding roti caramel

Hari minggu ni seronokkan dapat berkumpul bersama.keluarga..lagilah dah musim cuti sekolah ni banyak aktiviti menarik boleh dilakukan bersama anak-anak tersayang..

Hari minggu saya suka mencuba resepi atau masak-masak..kebiasaan masak yang suami atau anak2 suka makan je..mudah dan senang nak basuh..just nak share resepi puding caramel..



Bahan-bahannya:

4 sudu gula di panaskan pada api perlahan..masukkan 2 sudu air sambil kacau selalu sehingga kekuningan..dah masak terus tutup api dan tuang ke dalam loyang

Untuk puding roti

4 keping roti
1 cawan air suam+ 1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur
Sedikit perisa vanilla

Cara2nya:

Carik-carikkan roti ke dalam blender.masukkan kesemua bahan dan blend sehingga hancur..

Masukkan kesemua bahan ini kedalam loyang berisi caramel tadi.

Sebelum tu boleh panaskan dahulu pengukus dan setelah menggelegak boleh kukus puding roti ni selama 1 jam..

Jangan bukak tudung pengukus selalu untuk elak wap terkeluar..

Selepas 1 jam,boleh tutup api dan tunggu sejuk bolehlah dipotong..

Sedap di makan ketika sejuk..nyum2..
Terlupa dah tinggal suku baru nak ambik gamba:=)

Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment