Feb 12, 2015

Resepi kuih sagu kastard

Harini nak post sikit pasal resepi ni..dah buat hujung minggu lepas..asyik duk tengok orang post kt FB,so buatlah sendiri pulak..

Saya jarang masak jenis manis2 ni..selalu buat agar-agar je kot..so time mood rajin masuk dapur kenela buat sampai jadi..hehe..

Senang je pun rupanya..

Cara masak sagu:

Rendam 2 cawan sagu dalam setengah jam..
Masak atas dapur bersama sedikit air lebih kurang 2 cawan jugak..jangan banyak sangat nanti lembik pulak..

Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga mendidih..letak sedikit pewarna sekiranya sagu putih.

Untuk kuah kastard:

2 sudu besar tepung kastard dibancuh dalam air..
Masukkan air dalam periuk dalam 1/2 periuk..masukkan bancuhan tepung tadi bersama 1/2 tin susu cair dan sedikit gula..

Kacau dan tunggu mendidih.

Sebelum masukkan dalam peti ais,biarkan seketika supaya sejuk..

Sedap di makan petang2 bersama keluarga..

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment