Feb 10, 2015

5 makanan sihat untuk berat badan ideal

Ingin makan banyak tapi tetap langsing?caranya adalah dengan memilih makanan yang tinggi serat,mengandungi protein dan lemak sihat serta tinggi kadar airnya.

Kebanyakan makanan ini juga mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

5 makanan yang dapat menjaga berat badan ideal adalah:

1) Epal

Epal merupakan contoh serat yang nudah dicerna untuk memerangi kolestrol.Epal juga kaya vitamin c.Ia mengandungi quecertin dan plavanoid yang boleh mencegah kanser.untuk mendapat kesan optimum,makan epal berserta kulitnya.

2) Badam

Badam kaya serat dan protein malah ia kaya magnesium,zat besi dan vitamin E. Makan badam mentah atau sudah diolah untuk mendapatkan hasil terbaik.Elakkan badam yang sudah diletakkan garam kerana ia merosakkan diet anda.

3) Kacang Merah

Kacang merah memiliki kandungan serat,protein,zat besi,magnesium dan sejumlah vitamin dan mineral.Tambahkan kacang dalam salad atau sup untuk menambahkan kelazatan dan kebaikan dalam makanan anda.

4) Brokoli

Brokoli merupakan sumber kalsium,potassium serta vitamin A dan C.Bagi mendapat hasil terbaik,elakkan masakkan terlalu lama dan hindari sos dan keju berlebihan.

5) Soya

Soya mengandungi omega 3,kalsium dan zat besi.Selain di minum,soya boleh di dapati dalam bentuk tauhu,tempe atau susu

No comments:

Post a Comment