Jan 25, 2015

Misi bantuan banjir Kuala Krai

Alhamdulillah pada jumaat lepas,suami saya dan beberapa sukarelawan di bawah persatuan Generasi Prihatin telah berlepas ke Kuala Krai Kelantan untuk misi bantuan banjir kali ketiga.

Teringat pada lawatan yang lepas,suami menceritakan ada penduduk kampung datang pada mereka dengan hanya bertuala sahaja.Tiada baju untuk di pakai dan semuanya hilang di bawa arus.Masyaallah sangat sedihkan.

Atas inisiatif bersama,di bawah persatuan Generasi Prihatin membantu menghulurkan sumbangan tenaga serta turut menghiburkan hati anak-anak kecil disana dengan sedikit buah tangan set persekolahan dan jajan.

Ketika saya menyuarakan hasrat di group wassap mohon sedikit sumbangan untuk buah tangan anak-anak ini,begitu ramai sangat yang respond dan masukkan duit untuk sama menyumbang.Hampir RM800 berjaya dikumpulkan untuk barangan anak-,anak sahaja.Alhamdulillah,kalian sangat hebat.Saya doakan anda semua kaya dan berjaya.

Saya belikan set alat tulis,color pensil,kek.mini,gula-gula,roti dan puding jelly untuk buah tangan ini.Semoga sumbangan ini memberi sedikit kegembiraan buat adik-adik di sana.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Masih banyak bantuan yang perlu kita hulurkan untuk mereka.

Sedih saya tatapi gambar-gambar kiriman dari suami di sana.Semoga Allah berikan pahala atas kesabaran mereka dan memberi ganti yang lebih baik.

Jom teruskan sumbangan anda..Jangan berhenti memberi kerana janji Allah sesiapa banyak memberi lagi banyak Allah akan ganti.

No comments:

Post a Comment