Jan 20, 2015

Jenis-jenis radang sendi dan petanda mengalaminya

Adakah anda selalu sakit sendi? selalu sakit-sakit pada pergelangan tangan,kaki?

Artritis atau radang sendi ialah sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi kesan kepada sendi, tisu mengelilingi sendi dan tisu perantara lain. Terdapat beberapa jenis radang sendi dan cara mengawalnya.



Jenis-jenis radang sendi:

Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi.



Osteoartritis (OA) - Tanda terbentuk perlahan-lahan dan menjadi lebih buruk semakin masa berlalu. Terdapat sakit di sendi, sama ada semasa atau selepas penggunaan atau selepas tempoh tidak aktif.
Sendi akan menjadi regang, terutama pada pagi. Pesakit mungkin lebih sukar menggunakannya dan rasa kehilangan fleksibiliti .
Ketulan keras, atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin bengkak. Biasanya sendi yang terlibat adalah di bahagian pinggang, tangan, lutut dan tulang belakang.

Antara rawatan untuk osteoartritis adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet//hooooof.

Rheumatoid arthritis (RA) lebih kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Pesakit sering mendapati sendi sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal.
Jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah paling biasa terjejas. Gejala paling teruk pada waktu pagi setelah bangun tidur dan kesakitan boleh berlangsung selama 30 minit. Tangan boleh menjadi merah dan bengkak.

penyakit-nyeri-sendi
Nodul rheumatoid (lebam tisu di bawah kulit lengan pesakit). Pesakit dengan artritis reumatoid rasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan.
Sendi lebih kecil biasanya lebih mudah terjejas. Selalunya pesakit dengan artritis rheumatoid mempunyai masalah dengan beberapa sendi pada masa sama.

Artritis gout pula lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.Cara rawatan artritis gout adalah dengan menggunakan kolkisin dan allopurinol.

Punca radang sendi secara am boleh disebabkan oleh:
* Penyakit autoimun
* Kecederaan - patah tulang
* Sendi haus dan lusuh
* Keabnormalan metabolik seperti gout
* Faktor keturunan
* Jangkitan bakteria dan virus

Radang sendi agresif boleh merebak dari sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki ke siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.

Secara keseluruhannya, tanda-tanda radang sendi adalah seperti berikut:
* Sakit sendi.
* Sendi bengkak.
* Keupayaan sendi bergerak makin kurang.
* Merah pada kulit di sekeliling sendi.
* Ketegangan, terutamanya di waktu
pagi.
* Hangat sekeliling sendi.

Cara Mengubati Radang Sendi dalam Islam

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit radang sendi akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah untuk penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
* Surah Qaff ayat 16 hingga 45
* Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60
* Surah Shod ayat 34 hingga 61.
* Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28.

Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada waktu malam dan surah kedua tiga kali pada waktu siang.
Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.

Apapun jua penyakit yang kita hadapi,jangan berhenti berusaha dan berdoa..Jika sudah berjumpa pakar,boleh juga mencuba rawatan alternatif lain seperti rawatan islam,pengambilan supplemen dan lain-lain lagi..

Credit:
wikipedia



 

No comments:

Post a Comment