Dec 25, 2014

bantuan mangsa banjir Pantai Timur

Jumlah banjir di Pantai Timur makin meningkat..Keadaan semakin membimbangkan berikutan kenaikan air sangat deras..Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..


Ya Allah,sesungguhnya hanya Engkau sebaik-sebaik penolong.Semoga Engkau selamatkan semua mangsa banjir,petugas-petugas dan semua haiwan ternakan di sana..



Jom sama-sama kita hulurkan bantuan..Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka di sana..Saya tak dapat bayangkan tinggal atas bukit,bersesak-sesak dalam bangunan aras 4 tu..Allahu..Hanya Allah sebaik penolong..


Ni akaun alumni saya sekiranya tuan-puan mahu sama-sama menyumbang..boleh Like FB--PERSATUAN GENERASI PRIHATIN






Pihak GenP telah membelanjakan sebahagian daripada kutipan tersebut untuk barangan keperluan mangsa banjir. Antara barang yang telah dibeli:

1. Beras 20 kg
2. Meehun 2 beg besar
3. Mee segera 2 katon
4. Lampin bayi 2 beg
5. Tuala wanita 2 kotak besar








Barang-barang ini telah dihantar ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir kelolaan Pusat Khidmad ADUN Bangi, dengan kerjasama Persatuan Belia Prihatin, Gabungan Masjid dan Surau DUN Bangi, Masjid Al Hasanah, dan JabatanAmal Malaysia Kawasan Serdang di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Sekiranya anda tinggal berhampiran Bandar Baru Bangi bolehlah sama-sama turut menyumbang atau menghnatar sumbangan anda ke Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi..

Semoga sedikit sebanyak sumbangan kita berikan dapat meringankan keadaan mangsa banjir dan semoga ia juga menjadi saham kita di akhirat nanti..

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment