Sep 11, 2014

Biskut Baby Bytes di perbuat daripada plastik??

Isu Biskut Baby Bites dbakar diperbuat daripada plastik telah menjadi viral di media sosial. Fuhh,rupanya ada yang menjadi saintis dan membuat ujikaji sendiri di rumah dan membuat ulasan sendiri dan menyebarkannya..BAHAYA betul ujikaji ni kerana menyampaikan viral PALSU..



Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Kementerian Kesihatan Malaysia , makanan yang diperbuat dari sumber karbohidrat merupakan sumber tenaga dan menghasilkan kalori.Ini bermakna, makanan yang berkarbohidrat tinggi juga akan menghasilkan karbon dan terbakar. 

Produk makanan tersebut juga ditambah dengan sumber lemak (minyak sayuran) dan bahan-bahan lain yang menghasilkan karbon apabila dibakar dan merupakan sumber tenaga. 


Jika anda ingin kepastian,cuba bakar biskut-biskut lain seperti biskut jagung,merry..Pasti anda juga bakal saksikan biskut ni akan terbakar dan menghasilkan karbon.




Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu saya juga pernah buat ujikaji ini bersama adik.Memang hangus terbakar sekeping biskut ni.

Namun saya puji sikap ibu bapa yang sangat menitikberatkan keselamatan dan kesihatan anak-anak mengenai isu biskut ini.Memang kita sebagai ibu bapa wajar mengambil cakna dan tahu kandungan bahan dalam pengambilan biskut atau sumber makanan untuk anak-anak.Namun pastikan kita tidak menyebar viral yang tidak betul dan dapatkan kesahihan dahulu daripada pihak Berkuasa sebelum berkongsi dengan orang lain.


Credit: Melvister.com

2 comments:

  1. igt lg dulu masa sek men, time subjek bio, mmg akan ade ujikaji ni..semua mknn akan terbakar..bukan sbb ade olastik, tp sbb mknn ade tenaga :)

    ReplyDelete