Mar 4, 2014

Atasi sakit belakang bagi ibu hamil

SAKIT BELAKANG di mana pelvik bertemu tulang belakang biasa dialami oleh ibu mengandung. 

Antara faktor yang mengakibatkan sakit belakang ialah kenaikan berat badan, perubahan postur tubuh, perubahan hormon, perpisahan otot dan stress

Ibu boleh mengurangkan rasa sakit belakang dengan:

1. Bersenam
Amalan bersenam dapat menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti. Lakukan senaman yang selamat seperti berenang, berjalan dan mengayuh basikal.

2. Panas dan sejuk
Letakkan ketulan ais yang dibalut dengan kain pada bahagian yang sakit sekitar 20 minit beberapa kali dalam sehari. Selepas 2 hingga 3 hari tukarkan kepada tuaman air panas.

3. Perbaiki postur tubuh
Berdiri, duduk, berbaring dan bekerja dengan posisi yang betul. Ketika berbaring pastikan letakkan bantal antara kaki dengan kedudukan mengiring. Duduk tegak dengan bantuan bantal yang sesuai.


Postur betul untuk ibu hamil

Sumber: FB

No comments:

Post a Comment