Feb 19, 2014

Tips atasi masalah darah tinggi

Penyakit no 1 di Malaysia adalah darah tinggi dan diabetes.Penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira usia.Masalah ini jika tidak di rawat sebaiknya boleh menyebabkan risiko sakit jantung,buah pinggang dan kematian.

Apa itu tekanan darah?


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat

Tips menurunkan tekanan tinggi:

1. Suka atau tidak suka yang pertama adalah tukar cara pemakanan, iaitu kurangkan makanan segera yang mengandungi garam yang tinggi. Contohnya KFC, MC Donald, Pizza, kicap, sos cili, ikan masin, telur asin dan lain-lain lagi yang di rasakan masin. 

2. Lakukan aktiviti senaman yang di sukai seperti berjalan laju, jogging, berbasikal, berkebun dan sebagainya. Lakukan selama 30 minit, tiga kali seminggu. 

3. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau boleh ulam yang pahit-pahit, seperti pegaga, peria dan sebagainya. Buah-buahan pula seperti epel hijau, pisang, buah kiwi dan lain-lain. Kalau boleh buat jus epel hijau+ selery dan amalkan 3 kali seminggu. 

4. Kurangkan kuantiti nasi, dan makan-makanan berserat seperti oat. Minum susu rendah lemak. 

5. Minum soya kerana ia boleh memberi rasa kenyang dan mampu membantu menurunkan kolestrol dan berat badan.

6.Kurangkan pengambilan kaffein dan alkohol.
7. Kawal Stress anda
8. Amalkan diet yang lebih baik
  • Lebihkan serat (fiber) seperti nasi perang,oat dll
  • Kawal kolestrol.Elakkan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan laut,organ dalaman,lemak haiwan
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda.Pisang adalah sumber pottasium yg terbaik

Terdapat juga beberapa supplemen yang boleh membantu mengurangkan masalah ini.Dalam Shaklee Set darah tinggi terdiri daripada:

Vitamin asas - Vitalea, B Complex dan Vita C - Membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem immmune badan untuk melawan sebarang jangkitan
Carotomax,vita C,Vita E - gabungan nutrien antioksida yang amat penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil dari radikal bebas
Omega guard - Merendahkan paras kolestrol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
Garlic Complex - Mengawal jangkitan,menurunkan tekanan darah,menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular

Sumber : VitaminSemulajadi




Jika anda ingin mencuba supplemen ini,boleh dapatkan dari saya dengan harga lebih jimat dari pasaran dan semestinya konsultasi percuma untuk setiap customer.

Jom ubah cara hidup lebih sihat dan amalkan pemakanan seimbang.


Suhaila Johar
ID: 889 806
FB page: Impianz Shoppe
016 358 9016
COD area : bangi,Kajang,Uniten,Mines
Pos laju ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment