Jun 12, 2013

Makanan Hijau semulajadi dan kuasa penyembuhan

Jom kenali sayuran hijau yang selalu kita makan setiap hari..Mungkin lepas ni lagi rajin dan banyak kita makan sebab dah tahu khasiatnya kan..

Sape suke makan brokoli?

Sedapnya brokoli sup dan brokoli goreng sayur campur kan..Mostly kat kedai2 kalau menu brokoli ni boleh tahan harganya:-) 

Sayur brokoli membantu mencegah kecacatan kelahiran, meningkatkan sistem imun dan menguatkan tulang.

Brokoli dan khasiatnya:
Brokoli ialah satu daripada sayuran hijau yang tidak patut ditinggalkan. Sejak Universiti Johns Hopkins menyiarkan kajian mereka, penyelidikan pada tahun 90-an tentang kesan pencegahan kanser oleh sayur ini dengan komponen sulforaphane, ia telah diterima secara meluas sebagai satu makanan hijau yang kuat dan penting dalam diet. 

Selain daripada kanser, brokoli turut membantu mencegah kecacatan kelahiran, meningkatkan sistem imun dan menguatkan tulang. Ia terbukti sebagai satu sumber yang sangat baik untuk vitamin A, B6, C, E dan K, serta zat besi, kalsium, kalium dan mangan. 

Sayur yang paling mudah di jumpai di pasar/pasar malam -  bayam

Sayur Bayam
Satu lagi makanan hijau yang dilengkapi dengan kuasa penyembuhan semulajadi ialah sayur berdaun yang kaya dengan serat, asid folik, serta vitamin A dan C. Ia menawarkan satu penyelesaian yang baik untuk penyakit sembelit kerana banyak komponen serat. Mata dan saluran pencernaan juga mendapat manfaat daripada dedaunan hijau ini. 


Bayam cukup berkesan dalam mencegah beberapa penyakit yang melibatkan jantung serta kanser prostat dan payudara. Sayur bayam juga dilengkapi dengan unsur-unsur anti-peradangan. 

Guava
Buah jambu batu tropika bukan sahaja berkesan dalam pengurusan berat badan, malah turut membantu melegakan sembelit dan cirit-birit. Ia memiliki sifat khas yang melawan kanser, mencegah penyakit jantung dan kencing manis, termasuklah masalah kulit. Buah jambu batu juga dapat dijadikan sebagai satu penyelesaian efektif untuk masalah kesuburan di kalangan lelaki. 


Teh hijau
Terkenal sebagai satu antioksida, teh hijau mempunyai keupayaan untuk mengurangkan keradangan, membantu dalam penghadaman, meningkatkan sistem imun yang terjejas, meningkatkan ketahanan dan melindungi membran sel. Ia adalah satu rawatan terbukti dalam menghadapi penyakit rheumatoid arthritis dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta kanser kulit. 


Kubis
Kubis terkenal dengan kekayaan kandugan vitamin K dan C. Beberapa kajian telah menunjukkan keupayaan diet yang kaya dengan kubis dalam mengurangkan risiko kanser pundi kencing, paru-paru, kolon, payudara dan ovari. Ia mampu merawat alahan, sembelit, selsema dan batuk, artritis, kerosakan kulit (bedsores), vena varikos dan ulser peptik serta kemurungan. 


No comments:

Post a Comment