Apr 16, 2013

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh

Bagi ibu-ibu yang keluar bekerja dan tinggalkan anak kesayangan pada pengasuh / TASKA,penting untuk ibu-ibu memberitahu kepada pengasuh atau pusat jagaan cara pengendalian susu ibu dengan betul.

Berikut beberapa panduan pengendalian yang betul bagi memastikan penyusuan SI dapat di kendalikan dengan baik oleh pengasuh atau pihak taska:
  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.
Sumber Majalah PA&MA

Juga perlu di ingatkan,sebelum ibu-ibu mula bekerja atau masuk pejabat,ajarilah anak kecil anda menggunakan botol susu atau sudu kecil supaya memudahkan pihak taska atau pengasuh memberi susu ibu perahan nanti.Ini juga membantu anak anda mengenalpasti dan memahami pertukaran tersebut.


Contoh jadual untuk mengajar bayi kecil anda sebelum masuk semula pejabat atau mula kerja



Semoga ibu-ibu tidak patah semangat untuk teruskan penyusuan susu ibu kepada bayi walau sudah mula bekerja dan semoga anak-anak kita selamat sentiasa di bawah jagaan pengasuh atau taska ketika kita keluar bekerja..Insyaallah


No comments:

Post a Comment