Aug 22, 2017

9 Cara Tingkatkan Kesuburan Wanita dan Lelaki

Pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pasti inginkan zuriat sendiri. Kehadiran zuriat bagi setiap pasangan sangat di tunggu-tunggu lagi-lagi yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Namun, ada ketikanya pasangan di uji dengan masalah kesihatan, di uji dengan kesukaran untuk hamil atas pelbagai faktor dan semuanya di luar kekuasaan kita.





Namun, jangan sesekali berhenti berusaha dan berdoa.Selagi ada kesungguhan dan berdoa tidak henti insyaallah pasti suara sang kecil akan berkumandang suatu hari nanti.



Ada beberapa tips yang bagus di amalkan bagi yang ingin menambah zuriat atau memiliki zuriat ini.


Tips untuk menambah zuriat / memiliki zuriat :


1) Pastikan anda makan asid folic 2 atau 3  bulan lebih awal sebelum mengandung. Penting juga bagi pasangan baru berkahwin untuk mulakan pengambilan asid folic ni seawal gerbang perkahwinan. Pentingnya pengambilan asid folic ni kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub neural kepada bayi. Jangan takut untuk mengambil suplemen ni. Vitamin B complex lengkap dengan asid folic ni pilihan terbaik untuk anda.

Oh ya, lelaki pun bagus untuk amalkan asid folic kerana ia dapat bantu menghasilkan sperma yang berkualiti.


2) Uruskan stress dengan baik.

Stress sangat bahaya. Ia juga boleh menjejaskan hubungan intim suami isteri seterusnya menyebabkan tidak seronok untuk melakukan hubungan intim dan menjadi kurang bernafsu. Jadi uruslah stress dengan baik


3) Penting untuk mengetahui hari subur

Untuk mudah hamil ,sangat penting untuk mempunyai kitaran haid yang teratur. Hormon stabil dan period teratur dapat bantu isteri mengira waktu subur dengan tepat. Pengovulan tinggi atau hari subur berlaku pada 14 hari selepas period hari pertama. Jika anda tidak tahu cara kiraannya, boleh install apps seperti my Calendar yang dapat berikan reminder kepada anda.


4) Selepas hubungan intim, jangan terus basuh atau mengenakan air. Biarkan selama setengah jam lebih kurang supaya sperma dapat memasuki rahim


5) Ada kajian menunjukkan pukul 4 pagi hingga 7 pagi antara waktu sesuai atau mudah senang lekat kata orang tua sekiranya period isteri teratur. Jadi hubungan intim sesuai di jalankan waktu ini

6) Sekiranya anda atau pasangan mengalami masalah kegemukan atau berat badan, juga sangat penting untuk turunkan berat badan. Berat badan ideal membantu pasangan untuk mudah hamil

7) Kurangkan caffein. Sekiranya anda peminat kopi atau minuman caffeine, bolehla kurangkan minuman ini kerana kandungan caffeine boleh mengurangkan kesuburan

8) Amalkan makanan berkhasiat seperti makanan yang kaya dengan  Vitamin D, Protein, Vitamin E, Asid Folic, Vitamin C dan protein. Pengambilan air kosong juga sangat penting


Vitamin E ( bantu tingkatkan kualiti sperma untuk hidup lebih lama) , 
Vitamin D ( bantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang ovulasi ) , 
protein ( banyakkan pengambilan protein berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang yang dapat bantu mengurangkan risiko tidak subur ), 
Vitamin C ( bantu kuatkan imun badan dan menjadikan wanita lebih subur)
Asid Folic ( bantu pembentukan tulang belakang bayi dan mengelakkan kecacatan tiub neural) - sangat penting untuk isteri ambil lebih awal sekurangnya 2-3 bulan sebelum hamil


Jika tak dapat nak ambil makanan lengkap seperti ini setiap hari boleh ambil daripada vitamin atau suplemen. Nutrien sangat penting untuk tingkatkan kesuburan.

Set Kesuburan ini juga dapat membantu suami isteri untuk mudah hamil. Insyaallah berusaha terbaik Allah akan izinkan.



Baca juga : 8 Jenis Makanan Baik untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita


9) Banyakkan berdoa dan boleh amalkan doa-doa berikut




Sesungguhnya Dia maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Teruskan berusaha, berdoa, banyakkan berzikir dan juga bersedekah. Semoga Allah izinkan anda dan pasangan untuk miliki cahayamata yang soleh dan solehah.


Untuk dapatkan Set Kesuburan Shaklee seperti Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, Asid Folic dan protein ESP boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp : 016 358 9018





Aug 17, 2017

"ATIEHILMI.COM : FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH!!"

Lama tak join Giveway ni....sekali tengok ada Giveaway dari adik manis Siti Rabiah Binti Adnan atau panggilan glamournya Atie ..

Kalau korang nak tahu, Atie ni followers dia ramai sangat kat IG..dah macam retis dah..banyak juga tips yang saya dapat dari beliau cara nak naikkan followers ni..Thanks Atie

Semoga persahabatan kita di dunia maya ni berkekalan keranaNya insyaAllah...

Jom join Giveaway Atie ni..
Click Banner untuk join


Syarat-syarat penyertaan giveaway ini seperti berikut:

1. Follow blog beliau : www.atiehilmie.com
2. Follow Google+ : atiehilmi dot com
3. Follow Instagram : @by_atiehilmie
4. Like Fanpage : atiehilmie2u
5. Tulis entri giveaway ini yang bertajuk : "ATIEHILMI.COM : FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH!!"


Jangan lupa tarikh tutup GiveAway ni adalah pada 22 Ogos ini



Aug 15, 2017

Resepi Kek Coklat Mudah Noxxa

Petang-petang redup ni sedapla kalau makan bubur atau masakan manis-manis ni..Teringat dulu masa kecik kalau musim tengkujuh gak arwah mak suka masak bubur..bubur kacang ke, bubur chacha ke...makan pulak sambil renung titisan hujan luar rumah kat tingkap..fuhh nostalgia betul.


Hari ni nak share pasal kek coklat simple guna periuk ajaib Noxxa ..Haa next time kita tulis pasal bubur ya.

Actually anak-anak tengah membesar ni suka makan kan..Kuat makan..Kalau apa jua umie masak semua habis..haha, alhamdulillah untung ada anak-anak kuat makan dan suka makan ni.

baru-baru ni che abang sayam ade beli 1 tin besar biskut Oreo..Owh mau fengsan tengok biskut oreo putih tu..Dah macam kat kedai runcit pulak..1 tin besar tau yang macam kedai runcit jual tu.

Dah kenapa abang beli biskut tin besar sangat ni?

Actually sebab dah tahu anaknya kuat makan, tu lagi seronok dia g beli tin besar tu.

Anak-anak apa lagi..berpesta gembira la..Umie bukan tak suka, tapi kalau boleh nak elakkan makanan manis-manis ni kat anak-anak..dah 1 tin besar ada jenuh plak apela resepi nak buat bagi cepaat habis ni.

Maka korekla resepi kat geng-geng mak beli periuk ajaib ni jumpalah resepi kek coklat simple noxxa ni..Jom tengok apa jadi..since saya tengah diet gula putih so saya gantikan dengan gula merah tapi tak bestnya sebab guna susu pekat manis juga.

Oh ya, sebelum ni saya ade share juga resepi kek coklat noxxa ni..Tapi yang ni paling simple lagi..haha, nak simple sangat kan..haa try jangan tak try..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( koko dah habis saya ganti guna vico)
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan minyak masak ( saya guna minyak paling mahal tu..kekeke)
1 cawan gula ( saya ganti guna gula merah 3/4 cawan)
3/4 cawan susu pekat manis ( yang ni tak tahu nak ganti dengan susu ape untuk lebih sihat)
1 biji telur saiz B



Cara-cara:

Masukkan semua bahan di atas dan blend.


Haa dah selamat blend tu masukkan dalam inner periuk Noxxa tu. Lepas tu masukkanlah biskut Oreo tu..patah-patahkan..ikut sukala nak banyak mana..Salah satu saya tak guna gula putih juga sebab biskut ni pun dah sedia manis.

Then kalau ada kacang almond ke, biji kuaci ke , coklat chips ke haa just tabur sahaja atas adunan coklat ni..

Then, pusing tombol ke arah steam..pilih steam selama 25 minit.


Tadaa..ni lah hasilnya..







Ini anak-anak dara kat rumah yang buat..umie tolong pusing kan dan tekankan tombol periuk ajaib tu ja...

Kek ni dah beberapa kali buat..Anak-anak suka sangat..memang buat sebiji ni sehari je dah habis..dan yang pasti juga che abang sangat suka..tuh yang duk repeat rasa nak makan kek buat kek simple ni je..Sebab tu malas nak beli serbuk koko sebab asyik habis je..boleh je ganti dengan serbuk milo / vico..cuma colornya tak mengancam sikit je....


ok,selamat mencuba



Aug 14, 2017

Anak-anak di serang Penyakit Bengkak Pipi

Just nak share pengalaman anak-anak terkena bengkak bawah pipi atau di serang beguk ( actually not beguk sebab doc cakap sekarang dah takde penyakit ni) . 


Credit to google.  Lebih kurang bengkak seperti ini anak-anak kena

3 minggu lepas Kak una balik sekolah bagitahu pipinya sakit sangat. Esoknya bengkak sampai demam. Dia kata nak telan makanan sakit. Ingatkan bengkak biasa sebab infection kat tekak ( sakit nak menelan). Pergi klinik doc bagitahu infection air liur. 

Saya tanya juga doc , bukan beguk ke? sebab bengkak pipi tu macam tanda-tanda beguk. Risau jugak macam-macam penyakit sekarang ni. Doc kata infection biasa je sebabkan air liur..Just bagi antibiotik dan ubat demam. Alhamdulillah, 2 hari habiskan ubat antibiotik ni dengan ubat demam plus bagi juga makan Nutriferon untuk kuatkan imun badan dia.


Then, selang minggu selepas tu, Abang Umair juga alami masalah sama. Baru perasan bengkak bahagian pipi ni sama macam kak Una kena. Memang tak perasan bengkak ni since abang umair pun senyap je tak bagitahu apa-apa. Tapi Teacher kat sekolah call bagitahu pipi umair bengkak lain macam je. Terus pickup dia kat sekolah dan bawa ke klinik sama dengan kak una kena sebelum ni..

Doktor lelaki yang lain. Beliau juga maklumkan ni bukan beguk sebab sekarang dah jarang muncul penyakit ni..Since doc pun tak berani nak bagi antibiotik sebab takut sebab lain, terus beliau buat surat rujukan ke hospital Serdang.

Tanpa sebarang ubat di berikan. kami terus bawa abang umair ke hospital serdang bahagian emergency. Kebetulan pula ramai pulak orang. Masyaallah menunggu hampir 5 jam untuk dapatkan rawatan. Sampai hubby pun dah bising ( kebetulan dia nak kena outstation ke Sabah petang tu) ..kelam kabut lepas hospital terus ambil anak sekolah dan hantar ke KLIA pula.

Sambung balik kisah jumpa doktor. Dah menunggu 5 jam akhirnya masukla jumpa doktor. Sebelum tu dah ambil darah dan alhamdulillah takde apa yang merbahaya. Keputusan darah ok. So doktor bagitahu mungkin viral infection. Tapi doc sendiri pun kurang arif sebab apa. So just bagi juga ubat antibiotik. tapi yang ni kena habiskan 7 hari. Haaa 7 hari la menyuap abang umair makan ubat ni..Alhamdulillah la dia senang nak makan ubat tapi sebab ubat ni sedikit pahit, jenuh jugakla memujuk.

Walau doc bagitahu bukan beguk, tapi simptomnya seperti Beguk. Mungkin kes anak saya ni bukan beguk sebab saya memang dah cukupkan semua injection mereka masa kecil. Yang ada miss injection atau tak ambil apa-apa suntikan imunisasi make sure ambil ya. Bahaya sekarang ni macam-macam jenis penyakit muncul.


Selain ambil antibiotik, saya juga berikan abang Umair Immune Booster , Nutriferon untuk kuatkan antibodi dia. Alhamdulillah walau bengkak pipi tapi aktifnya macam biasa. So tak risau sangat. Demam pun takde hanya bengkak pipi sehingga leher je.




Beguk ni dulu-dulu masa kecil saya pernah kena juga. Usia dalam 5 tahun camtu. Arwah mak letakkan nila campur cuka.


Penyakit boleh berjangkit


Minggu lepas, cikgu di sekolah maklumkan banyak kes bengkak pipi ni terjadi di kalangan pelajar.. Allah..baru saya teringat kisah awal kak una kena dulu, mungkin dah berjangkit dari pelajar lain..Pastu abang umair dan sekarang berjangkit dengan sepupunya yang kebetulan sebilik ngan abang umair. Sepupu menginap sementara sekarang ni buat praktikal kerja area seri kembangan...Bila tengok tanda-tanda sepupu ni sama macam kak una dan umair kena dulu..Sepupunya sekarang pulang kekampung sementara dapat MC

Rupanya penyakit ni berjangkit. Saya baru tahu. Sekarang kami kuatkan imun badan dengan ambil nutriferon dan Vitamin C.

Moga-moga yang di uji penyakit ini di berikan kesabaran. Saya tahu sakit sangat sebab anak-anak kena ni tak boleh silap makan..Abang umair sampai menangis sebab salah tempat mengunyah..Saya suruh dia mengunyah belah pipi tak sakit.

Alhamdulillah kak una dan abang Umair pun dah fully sihat. Cuma sekarang ni musim kat sekolah, so umie berikan setiap hari vitamin ni untuk elak dari berjangkit. Kita hanya mampu merancang dan berusaha kan..Moga Allah izinkan antibodi mereka kuat.

Ketahui apa itu Beguk

BEGUK satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung serta tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit tiga atau empat hari selepas pembengkakan bermula.

Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi demam, sakit kepala, mulut kering dan hilang selera selain keletihan dan bengkak pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10 hari hingga 12 hari.


Musim virus/ demam melanda juga sekarang ni. Banyakkan minum air kosong, jumpalah doktor dengan segera dan elakkan ke sekolah / hantar anak ke taska sekiranya mengalami penyakit ini untuk mengelakkan virus merebak. Boleh ambil suplemen seperti vitamin C dan Nutriferon untuk bantu tingkatkan sistem imun badan.






Aug 10, 2017

Cara Solat Sunat Taubat

Kita sebagai hamba yang hina, hamba yang sering lalai, hamba yang sering tamak haloba, hamba yang selalu sangat tewas dengan hasutan nafsu...Seronok dan leka dengan mainan dunia..





Allahu, betapa banyak dosa kita lakukan setiap hari. Setiap hari kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin dengan ibu bapa, dengan suami / isteri , dengan anak-anak, dengan boss di tempat kerja, rakan-rakan dan sebagainya.

Kita dituntut untuk bertaubat setiap hari. Nabi pun bertaubat 70 kali sehari. Lagikan diri kita manusia yang sangat kerdil hina dina ni..

Seluas mana pun dosa kita, selagi tidak syirik kepadaNya, Allah Maha Pengampun. Sentiasa ingat. Allah sentiasa rindukan kita untuk merintih ,merayu kepadaNya.

Pintu taubat  sentiasa terbuka untuk kita.

Sedikit perkongsian mengenai cara solat Taubat yang mudah dan baik untuk di amalkan. Perkongsian dari Ummi Rosmawati. Semoga menjadi panduan untuk saya dan juga buat kalian semua.


Solat Taubat ni elok buat pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum subuh. Pada waktu sunyi malam.


Cara Solat Taubat

Bersihkan diri. Ambil wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je..
Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang..

Pastu baru niat..
Lafaz Niat: 

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]


- Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
- Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
- Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi..
Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita..
Sujudlah lama-lama..
Boleh juga seru nama Allah selepas bacaan sujud.
Ya Affuw Ya Ghoffar Ya Tawwab 7x
Ya Robb daku benar2 bertaubat.
- Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
- Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a..
Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita..
Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu..
Luahkan apa yg terbuku kat hati tu..
Menangislah.. Merayulah..
Mohon ALLaH ampunkan dosa tu..
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita..
Kejap lagi kita mati..
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa.
Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita..
Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
.
.
Imam al-Ghazali ada berkata..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat
Ya Robb Ya Ghoffur Ya Rohim.


Aug 8, 2017

Adakah BAHAYA Melakukan MERUANG?

Hari ni penuh viral di muka buku mengenai bahaya melakukan MERUANG..Haa tau tak meruang tu ape? Boleh cari info lanjut mengenai ni ye..

Mengikut penulisan doktor tersebut, Allah dah jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian. Tidak perlu nak jolok / buat meruang sehingga menyeksakan kemaluan / faraj sendiri. Teknik ini juga boleh merangsang untuk melakukan onani yang boleh membahayakan kesihatan.

Meruang ini juga di kaitkan dengan teknik untuk ketatkan rahim untuk galakkan hubungan intim dengan suami. Namun pesan doktor tersebut ada cara lain lagi yang lebih selamat seperti mengambil minuman manjakani atau melakukan Senaman Kegel. 

Tak tahu Senaman Kegel? Nak tahu cara nak rapatkan bahagian intim? 

Jom baca kat sini

Meruang adalah MERBAHAYA DAN TIDAK PERLU.
Kenapa merbahaya?
Kerana ianya mengundang jangkitan kuman ke dalam rahim kita.

Walaupun mereka kata, cuci tangan dulu dengan sabun antiseptik. Entah sabun apalah depa guna. Kalau dettol macam tu, itu hanyalah sabun biasa saja. 

Fahamkan dulu apa itu septik dan sterile.
Kenapa tidak perlu?
Kerana rahim anak dara atau rahim yang berusia muda memang dah ketat dah.
Rahim jatuh atau lemah tu untuk wanita yang sudah berusia (lebih 50 tahun ke atas) dan punya sejarah melahirkan ramai anak atau remaja muda ( 18 tahun ke bawah) yang melahirkan anak, selalu sembelit ( selalu teran) ,obesity atau ada masalah sakit puan yang lain.
Untuk maklumat lanjut boleh baca perkongsian doktor Erna Nadia di FB beliau.

Saya tidak arif mengenai teknik meruang ini. Namun sekiranya anda ingin melakukan perkara ini, boleh tanya details kepada yang pakar. Berbincanglah dengan doktor dan minta pendapat mereka. Kerana proses meruang ini melibatkan kawasan dalaman faraj. Silap teknik sangat merbahaya dan boleh mencederakan alat sulit sendiri. Kebersihan jari, kuku sangat penting untuk melakukan teknik ini.

Wallahualam. 

Aug 7, 2017

5 Kebaikan Omega-3 untuk Ibu Hamil

Selalu kita tengok iklan susu kaya DHA dan AA/ARA bagus untuk perkembangan IQ anak-anak dan bayi. Kalau baca label kebanyakan susu tepung di pasaran akan jumpa dengan perkataan DHA & AA ni. Tinggi dan rendah kandungan bergantung kepada jenama dan harganya.



Maaf saya bukan nak cerita panjang mengenai susu di pasaran. Boleh cari sendiri susu apa yang paling tinggi kandungan DHA ya.

Bila sebut mengenai DHA pasti terbayang otak yang genius, IQ yang tinggi dan sebagainya.


Apakah itu DHA,EPA dan AA?


DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenal dengan Omega 3

AA (Asid Arakhidonat) dikenal juga dengan Omega 6


Mengapa DHA, EPA, dan AA sangat penting bagi bayi?


DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah

Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.



Manfaat Omega-3 untuk ibu hamil



Memang penting sangat DHA dan EPA  ini untuk perkembangan minda bayi dan kanak-kanak.


  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan atau kemurungan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil. Berat badan tidak naik mendadak
  • Membantu perkembangan fungsi mata




Kenapa perlu pilih OMEGA GUARD Shaklee?



1. Omegaguard benar-benar SELAMAT

Sebab ia adalah minyak ikan yang tulen. Minyak ikan ini menjalani penyulingan 3 peringkat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada bahan tercemar berbahaya seperti logam berat ( kuprum, merkuri dll) yang biasanya banyak terdapat dalam ikan laut dalam.

2. BEBAS perwarna,pemanis atau pengawet
3. Di iktiraf oleh Friend Of Sea yakni badan yang mengawalselia keselamatan dan kesihatan hidupan Maritim

4. Menggunakan botol BPA FREE

5. Lebih daripada 4500 kajian menunjukkan kebaikan asid lemak omega-3.

6. Ia mengandungi asidlemak bagus yang lengkap termasuk DHA dan EPA.





.
Berita baik untuk ibu, bulan ini terdapat promosi hebat Omegaguard ini.


Setiap pembelian 5 botol Omegaguard akan mendapat E-Voucher bernilai RM60 secara PERCUMA. Haa boleh guna untuk pembelian lain di masa akan datang. 



1 botol tahan sehingga 1 bulan. Jadi 5 botol untuk 5 bulan. Untung berganda kalau beli omegaguard bulan ini.


Untuk pembelian Omegaguard boleh hubungi saya secara Whatsapp di sini - 016 358 9018 atau boleh buat pembelian terus secara online di sini : Pembelian Promosi Omegaguard